PELUANG WAKAF TIDAK DATANG KEPADA SEMUA ORANG, MAKA BERUNTUNGLAH MEREKA YANG MEREBUT PELUANG INI WALAU SEKALI SEUMUR HIDUP.
Kita semua tahu bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Keadaan semasa yang kian mengundang pelbagai penyakit hingga berlakunya kematian telah menyedarkan kita bahawa ajal itu semakin dekat.
Jadi apa lagi alasan kita untuk tidak bersedia menghadapi perkara yang sudah pasti ini?
Oleh sebab itu, kami ingin mengajak anda semua untuk rebut peluang BERWAKAF yang pastinya dapat menggandakan lagi saham akhirat kita.
Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf
Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf adalah NGO yang menjalankan projek-projek wakaf van jenazah & van madrasah.
Dahulunya dikenali sebagai Koperasi Komuniti Bandar Laguna Merbok, di Gurun Kedah.
Sekitar majlis penyerahan van wakaf kepada Masjid Darul Nadwah di Kuala Nerang Kedah.
van diatas hasil dari wakaf tuan/puan
Kami berhasrat untuk membantu banyak masjid mendapatkan van jenazah.Namun, kami memerlukan sokongan dan sumbangan dari anda semua bagi menjayakan usaha ini.
SENARAI BAKAL PENERIMA WAKAF VAN JENAZAH & VAN PENUMPANG
Masjid Dar-Anadwah, Padang Nyior
Masjid Al-Halimi Charok Kudung
Masjid Abdul Rahman
Masjid Al-Makmur Sungai Lalang, Masjid Putih
Madrasah Takwiyatul Islamiah Pokok Sena
Maahad Tahfiz Quran Al-Islah, Sungkup
Dan beberapa buah sekolah lain
Tanpa van yang baik, masjid-masjid menjadi sukar untuk uruskan jenazah masyarakat. Pelajar-pelajar madrasah juga sukar untuk bergerak terutamanya untuk pergi solat Jumaat.
Masalah ini makin teruk setiap hari, malangnya ramai dikalangan kita yang tidak sedar akan perkara ini
Bayangkan jika anda berwakaf, selagi mana van tersebut digunakan, selagi itulah pahala terus mengalir di dalam diri anda.
Jom teruskan niat murni anda untuk berwakaf walau hanya sekali seumur hidup. Semoga para dermawan sekalian sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
LAFAZ WAKAF
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali lafaz sumbangan seperti di bawah :
"Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama siapa) untuk pembelian van wakaf bagi van jenazah dan van pelajar madrasah ".
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.
TERIMA KASIH
Pemberitahuan: