Wakaf Van Jenazah Masjid
Terkini!
Kami menerima hampir 100 permohonan untuk mendapatkan kemudahan Van Jenazah segera.
HAMPIR SETIAP MINGGU ADA JENAZAH YANG PERLU DIURUSKAN
VAN JENAZAH YANG SEDIA ADA SUDAH TERLALU UZUR
ADA KALANYA DALAM SEHARI PERLU MENGURUSKAN BEBERAPA JENAZAH SERENTAK, VAN YANG ADA TIDAK MENCUKUPI
Inilah realiti yang berlaku di beberapa masjid di negara kita. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini dan ramai yang tidak mengambil peduli kepentingan adanya van jenazah di setiap masjid.
Akibat jika kita tidak bantu!
Pengebumian jenazah menjadi lambat sedangkan mempercepatkan proses tersebut sangat penting kerana ia adalah fardhu kifayah.
Ramai lagi masyarakat yang akan tertipu dengan kartel van jenazah dan membebankan ramai orang terutamanya golongan asnaf.
Mungkin keluarga kita pula yang akan menanggung beban ini di kemudian hari.
Bagi meringakan bebanan ini, kami menubuhkan Projek Wakaf Van Jenazah bagi mendapatkan dana untuk mewakafkan sebuah van jenazah kepada masjid yang terpilih.
Kos sebuah van
RM125,800
Wakaf RM50 / 1 slot
Van yang berteknologi tinggi melancarkan perjalanan penghantaran jenazah.
Ruang yang luas memberi keselesaan kepada penumbang terutamanya bagi perjalanan yang jauh.
Sudah menjadi Fardu Kifayah buat kita dalam membantu pengurusan jenazah ini.Oleh sebab itu, kami ingin mengajak anda semua untuk rebut peluang BERWAKAF yang pastinya dapat menggandakan lagi saham akhirat kita.
JOM BERWAKAF DENGAN GO AUTO VAN
Go Auto Van merupakan sebuah perniagaan yang berteraskan sektor automotif sejak tahun 2013 lagi. Syarikat ini diasaskan dengan visi untuk menjadi salah satu pembekal terkemuka di Malaysia bagi penyelesaian pengangkutan penumpang awam dan swasta.
Kali ini, kami berhasrat untuk membantu masjid-masjid mendapatkan van jenazah . Namun, kami memerlukan sokongan dan sumbangan dari anda semua bagi menjayakan usaha ini.
Bayangkan jika anda berwakaf, selagi mana van tersebut digunakan, selagi itulah pahala terus mengalir di dalam diri anda.
“Jika seseorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari 3 perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya”
(Hadis Riwayat Muslim)
Anda juga boleh berwakaf dengan niatkan sekali nama insan tersayang sama ada masih hidup atau yang telah tiada. Semoga pahala wakaf ini menjadi peneman mereka di alam sana.
Jom teruskan niat murni anda untuk berwakaf walau hanya sekali seumur hidup. Semoga para dermawan sekalian sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
AKAD WAKAF
Untuk meneruskan sumbangan anda, mohon dibacakan sekali lafaz sumbangan seperti di bawah:
“Saya dengan ini menyumbang sebanyak (jumlah wang yang disumbangkan) atas nama (niat sumbangan atas nama sendiri atau pihak lain) untuk diwakafkan van jenazah kerana Allah SWT”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi sumbangan.